Cara Semak Insurans Kereta

Semua orang tahu tentang tanggungjawab kewangan yang perlu ada untuk memiliki sesebuah kenderaan – baik kereta ataupun motosikal. Antara kos yang perlu anda fikirkan adalah seperti cukai jalan dan polisi insurans.

Ini adalah kos tahunan yang anda perlu tanggung bagi mengelakkan daripada disaman polis ataupun dikenakan caj lewat JPJ. Juga, tanpa kedua-dua ini sememangnya mustahil untuk anda berada di atas jalan raya tanpa ditahan pihak berkuasa.

Penting untuk menyemak butiran insurans kereta

Selepas kita membeli polisi insurans kereta, kita digalakkan untuk sentiasa menyemak tarikh tamat tempoh dan butiran-butiran pelan insurans kita yang lain.

Ini adalah langkah yang penting untuk anda lakukan kerana jika anda terlewat memperbaharui polisi insurans atau terlepas pandang butiran penting – tuntutan insurans anda mungkin tidak diterima.

Juga, ini akan mengurangkan tahap stres anda dan memastikan proses tuntutan berjalan dengan lancar.

Dimana saya boleh menyemak polisi insurans?

Jika anda mempunyai polisi insurans kereta dan terlupa tentang butiran-butiran penting, jangan risau kerana bukan anda seorang sahaja yang sering terlupa. Ini perkara yang biasa kerana sebagai seorang manusia, kita mempunyai pelbagai komitmen hidup yang lain.

Semak Insurans Kereta Online

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai cara untuk anda menyemak butiran polisi insurans melalui online – salah satunya melalui MyCarInfo.

Laman web seperti MyCarInfo akan menyediakan butiran polisi insurans kereta anda seperti yang berikut:

  • Tarikh tamat tempoh insurans
  • Cukai jalan kereta
  • Pelan insurans yang digunakan
  • Butiran Diskaun Tiada Tuntutan (NCD)
  • Butiran syarikat insurans
  • Tempoh polisi insurans

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyemak insurans kereta online melalui MyCarInfo:

Langkah 1: Isi Butiran di MyCarInfo
Semak Insurans Kereta

Anda hanya perlu isikan nombor pendaftaran kereta dan nombor MyKad anda. Selepas itu anda perlu tekan “Get My NCD Report”

Juga, perkhidmatan ini boleh digunakan untuk kereta dan motosikal sewa. Ini sangat berguna jika anda merancang untuk menyewa kereta semasa melancong dan ingin menyemak butiran insurans kereta sewa anda.

Penting untuk anda mempunyai nombor pendaftaran kereta untuk memperbaharui insurans kereta dan terutama sekali jika anda terlibat dengan kemalangan jalan raya. Anda boleh semak untuk mengetahui jenis perlindungan pihak ketiga yang jika kemalangan tersebut terlibat dengan pihak yang lain.

Langkah 2: Semak tarikh tamat insurans

semak insurans kereta

Anda akan di bawa ke laman yang seterusnya di mana anda boleh semak butiran insurans anda.

Semak Insurans Kereta melalui Offline

Jika pilihan online tidak tersedia untuk anda atau anda bukan seorang yang mahir dengan teknologi digital, anda boleh menyemak polisi insurans anda dengan cara yang berikut:

  • Semak salinan cetak polisi insurans
  • Hubungi ejen atau syarikat insurans

Selain itu, anda boleh hubungi talian bebas tol syarikat-syarikat insurans di Malaysia:

Senarai talian bebas tol syarikat insurans di Malaysia

  • Allianz – 1 800 22 5542
  • Tokio Marine – 1 800 88 1301
  • MSIG – 1 300 88 0833
  • Zurich – 1 300 88 6222
  • Liberty – 1 300 88 5005
  • Lonpac – 1 300 88 1138
  • Pacific & Orient – 1 800 88 2121
  • RHB – 1 300 88 0881
  • MPI Generali – 1 800 22 2262
  • AIG – 1 800 88 8811
  • Kurnia – 1 800 88 3833
  • AXA – 1 800 88 1033
  • AmAssurance – 1 800 88 6333
  • AIA – 1 800 88 8733
  • CHUBB – 1 300 88 0218
  • Berjaya Sompo – 1 800 18 8033
  • Takaful Malaysia – 1 800 88 8788
  • Etiqa Takaful – 1 800 88 6491
  • Takaful Ikhlas – 1 800 88 1186

Semak insurans kereta melalui polisi atau cover note insurans

Langkah yang paling mudah untuk anda semak insurans kereta anda adalah rujuk pada polisi atau cover note insurans yang anda perolehi ketika anda beli insurans kereta anda.

Semua maklumat yang penting sudah di sediakan di dalam polisi atau cover note anda seperti caj insurans dan tarikh tamat insurans kereta anda. Salah satu cara untuk anda tidak hilangkan polisi atau cover note insurans anda adalah dengan membuat salinan sekiranya hilang.

Semak manfaat sampingan mengikut polisi insurans

Salah satu perkara asas anda harus tahu adalah tentang manfaat sampingan yang mungkin diperolehi oleh pembekal insurans anda.

Sebagai contoh, jika kereta anda rosak di tengah jalan secara tiba-tiba atau tidak boleh bergerak selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya, anda boleh menghubungi pembekal insurans untuk mendapatkan servis tunda kereta.

Kebiasaannya, pembekal insurans anda akan memberikan servis tunda kereta secara percuma dengan jarak yang ditetapkan, mengikut polisi yang tertentu.

Juga, sesetengah pembekal insurans hanya menawarkan servis tunda kereta pada hari-hari yang tertentu sahaja atau tidak beroperasi pada hujung minggu. Ada juga yang menawarkan servis tunda kereta sepanjang tahun, jadi baca dan nilai polisi dan ketahui hak anda sebagai pengguna.

Semak tahap kualiti dan servis pembekal insurans

Untuk memastikan wang yang anda belanja untuk polisi insurans berbaloi, anda harus memastikan pembekal insurans anda mengekalkan tahap kualiti dan servis yang bermutu.

Contoh yang baik adalah apabila pembekal insurans anda mempunyai pekerja bijak dan bertanggungjawab dalam memberi bantuan kepada anda.

Perlu diketahui juga bahawa barang-barang tiruan termasuk alat ganti kenderaan telah banyak diguna pakai semasa membaiki kerosakan kenderaan. Jadi, pilihlah pembekal insurans yang menggunakan alat ganti asli dan tulen.

Kami di Fatberry menawarkan pelbagai servis seperti perbandingan untuk setiap jenis insurans daripada syarikat yang terpilih. Anda juga boleh semak polisi insurans kereta anda yang ingin diperbaharui dengan polisi insurans anda yang lama.

Selain itu, kami juga menawarkan servis perundingan berkaitan insurans kenderaan anda termasuk kereta dan motosikal secara percuma! Hubungi kami melalui Whatsapp/panggilan suara di +6011-2612 8112 atau emal ke customer.service@fatberry.com jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang insurans kenderaan. Ketahui lebih lanjut tentang insurans kenderaan anda di sini.

Sediakan payung sebelum hujan

Dalam era teknologi digital ini, segala-galanya boleh dilakukan di hujung jari. Daripada menyemak pelan insurans, mengira premium insurans anda sehinggalah memilih dan membeli insurans kereta yang terbaik.

Asalkan anda mempunyai akses internet, anda boleh menyemak butiran polisi insurans kereta anda di mana-mana sahaja – sama ada di rumah ataupun melalui telefon pintar anda.

Kita mungkin menganggap diri kita sebagai pemandu yang berhemah, tetapi tidak semua pemandu jalan raya di Malaysia adalah pemandu yang berhemah.

Jadi, sediakan payung sebelum hujan, supaya anda bersiap sedia menghadapi kesukaran yang tidak dijangka. Lakukan persediaan dengan sentiasa kekal maklum tentang polisi insurans kereta anda.

_________________________________________________________________________
Fatberry adalah platform yang menawarkan insuran-insuran yang terbaik dalam talian. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis insuran daripada harga yang terendah! Jenis-jenis insuran yang ditawarkan di dalam laman sesawang Fatberry adalah insuran kereta, motor, kesihatan, pelancongan dan akan datang, insuran denggi.

*The content provided is for informational purposes only. Fatberry makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. Should you require more information on our products, please refer to fatberry.com or contact us. 

 

Recommended Reads

Follow Us For Latest Updates!