Insurans Cermin Kereta

Apa Itu Insurans Cermin Kereta?

Insurans cermin kereta (windscreen) ialah perlindungan tambahan yang boleh anda tambahkan pada polisi insurans komprehensif anda. Ia adalah untuk menampung kos penggantian atau perbaikan cermin kereta anda. Perlindungan tambahan ini akan meliputi kos penggantian atau pembaikan, tanpa menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) anda.

Sebagai contoh, katakanlah bahawa cermin kereta anda anda retak atau pecah, anda boleh membawa kereta anda ke bengkel panel atau pembaikan, lalu tuntut untuk memperbaiki atau mengganti balik cermin kereta anda. Tiada bayaran tambahan diperlukan dalam proses tersebut kerana ia akan dilindungi oleh insurans anda.

Berapakah Kos Insurans Cermin Kereta?

Untuk menikmati perlindungan insurans cermin kereta ini, premium tambahan yang anda perlu bayar hanyalah 15% daripada jumlah yang diinsuranskan untuk cermin depan anda. Sebagai contoh, jika cermin depan anda adalah RM1,700, maka anda hanya perlu membayar 15% daripada jumlah itu atau hanya RM255

Bagaimanakah Cara Untuk Membuat Tuntutan Insurans Cermin Kereta?

Jika cermin kereta anda retak atau pecah, ini adalah langkah mudah untuk menuntut daripada insurans anda untuk pembaikan atau penggantian cermin kereta anda.

Beberapa perkara harus dilakukan iaitu:

1. Hantar kereta anda ke bengkel panel atau pembaikan. Anda hanya perlu hubungi talian penting syarikat insurans anda untuk mencari bengkel panel berdekatan anda.

2. Anda perlu memberikan salinan dokumen berikut kepada bengkel panel untuk tujuan tuntutan insurans:

  • Kad pengenalan pemilik kenderaan (MyKad)
  • Lesen memandu pemilik kenderaan
  • Geran kenderaan
  • Nota perlindungan insurans

3. Bengkel panel akan membaiki atau menggantikan cermin kereta anda. Segala pembaikan, penggantian dan tuntutan insurans anda akan terus diselesaikan dengan syarikat insurans anda.

Adakah Anda Akan Kehilangan NCD Anda Jika Anda Menuntut Insurans Cermin Kereta?

Jika anda tidak mempunyai perlindungan insurans cermin kereta, anda akan kehilangan NCD anda apabila anda ingin menuntut pembaikan atau penggantian cermin kereta anda. Perlu diingat bahawa jika NCD anda kembali kepada 0%, anda perlu membayar jumlah penuh premium insurans anda pada tahun berikutnya. Kita semua boleh setuju bahawa tindakan ini adalah tidak begitu wajar untuk duit poket anda.

Sebaliknya, jika anda mempunyai perlindungan insurans cermin kereta, anda boleh menyimpan NCD anda walaupun anda telah menuntut pembaikan atau penggantian cermin kereta anda. Sebagai contoh, jika NCD semasa anda ialah 55%, anda masih boleh menikmati kadar NCD yang sama pada tahun berikutnya.

Perlukah Saya Menambah Perlindungan Insurans Cermin Kereta?

Seperti mana-mana produk insurans, mempunyai perlindungan insurans cermin kereta memberikan anda keselesaan hidup. Ini adalah kerana anda tahu jika cermin depan pecah, anda tidak perlu mengeluarkan secebis wang tunai untuk menggantikannya. Anda tidak boleh jangkakan apa yang akan berlaku, jadi insurans cermin kereta dapat menjamin anda dilindungi jika berlaku kemalangan yang tidak dijangka.

Untuk kereta model baharu, penggantian cermin kereta boleh menjadi dalam jumlah yan agak besar kerana penderia tambahan yang dipasang pada skrin.

Sebagai contoh, cermin depan Perodua Aruz dengan sensor hujan akan menelan kos sebanyak RM1200 untuk diganti. Anda hanya memerlukan RM180 untuk menginsuranskan cermin kereta ini, termasuk bayaran pemasangan/buruh dan tintn filem solar baharu.

Tips Yang Anda Perlu Tahu Tentang Perlindungan Insurans Cermin Kereta

1. Di Manakah Boleh Saya Membuat Pembelian Insurans Cermin Kereta?

Apabila anda ingin memperbaharui insurans kereta anda dalam talian, melalui ejen anda atau di pejabat pos, anda boleh membuat pembelian dengan menambah perlindungan insurans cermin kereta. Anda juga boleh membeli perlindungan insurans cermin kereta pada bila-bila masa selagi polisi insurans kereta anda masih sah. Jika anda ingin membuat pembelian sekarang, Fatberry sentiasa sedia untuk berkhidmat!

2. Berapa Kali Boleh Anda Tuntut Insurans Cermin Kereta?

Anda boleh membuat tuntutan beberapa kali sehingga anda mencapai jumlah yang diinsuranskan. Jika tuntutan anda belum mencapai jumlah penuh yang diinsuranskan, anda boleh terus mendapat perlindungan untuk baki yang masih ada.

3. Nilai Insurans Cermin Kereta

Sebarang sebut harga yang anda dapat daripada pakar pembaikan cermin kereta hendaklah termasuk cermin depan baharu, buruh dan filem warna yang berkualiti.

Bagaimana Cara Untuk Mendapat Insurans Cermin Kereta?

Pilihan terbaik ialah dengan hanya mendapatkan sebut harga untuk insurans cermin kereta anda daripada platform insurans kereta dalam talian yang terbaik, seperti Fatberry. Anda tidak perlu menyediakan apa-apa kertas kerja. Sangat mudah kerana anda hanya perlu masukkan butiran anda, dan dalam beberapa minit, kami akan menilai kriteria harga insurans yang diminta dan mengeluarkan senarai kenderaan dan harga anda!

___________________________________________________________________________________________________

Fatberry adalah platform yang menawarkan insuran-insuran yang terbaik dalam talian. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis insuran daripada harga yang terendah! Jenis-jenis insuran yang ditawarkan di dalam laman sesawang Fatberry adalah insuran kereta, motor, kesihatan, pelancongan dan akan datang, insuran denggi.

Recommended Reads

Follow Us For Latest Updates!