Renew Insurans Online

Ingin renew insurans online? Jangan risau, kami di Fatberry sedia memberi panduan kepada anda!

Renew insurans online lebih diutamakan pada masa kini kerana kami memahami tentang masa dan tenaga yang dibazirkan. Anda tidak perlu lagi menunggu dalam jangka masa yang lama atau menempuhi sesakan lalu lintas hanya untuk renew insurans kereta anda. Renew insurans secara offline merangkumi pelbagai proses yang merumitkan dan di sebabkan itu, kami menyarankan anda untuk renew insurans secara online.

Ada beberapa cara renew insurans online yang anda boleh ikuti yang boleh memudahkan lagi urusan seharian selain mendapat perlindungan yang diperlukan.

Cara renew insurans online melalui laman perbandingan

Sebelum renew insurans online, anda di sarankan untuk membuat perbandingan untuk setiap jenis insurans yang ditawarkan. Jika anda membuat perbandingan insurans sebelum renew insurans online, anda boleh melihat perbezaan harga, dan servis-servis disediakan. Servis perbandingan insurans ada di tawarkan di beberapa laman sesawang atau syarikat insurans.

Fatberry adalah salah satu syarikat yang menawarkan perbandingan insurans online.

Bagaimana cara renew insurans online di Fatberry?

Semua informasi berada di hujung jari di dalam laman sesawang Fatberry. Anda hanya perlu mengikut beberapa langkah mudah di bawah:

  1. Pilih produk ‘Car Insurance’ di laman utama www.fatberry.com
  2. Isi maklumat yang diperlukan seperti nombor plat kenderaan, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan poskod
  3. Anda akan terima sebut harga untuk membuat perbandingan untuk setiap jenis insurans
  4. Pilih insurans kenderaan yang sesuai untuk anda
  5. Semak dan sahkan maklumat peribadi anda dan buat pembayaran secara online
  6. Salinan polisi insurans kenderaan akan dihantar kepada e-mel anda dalam masa 24 jam

Apakah manfaat renew insurans online di Fatberry?

Pelbagai manfaat yang anda boleh dapati jika anda memilih Fatberry sebagai medium renew insurans online seperti:

  1. Kebebasan memilih dan membandingkan harga dan servis
  2. Langkah-langkah renew insurans online yang mudah
  3. Insuran ejen yang berlesen dan berdaftar
  4. Terdapat lebih dari 10 pembekal insurans kenderaan, seperti:
  • ALLIANZ
  • AMGENERAL
  • AXA MALAYSIA
  • BERJAYA SOMPO
  • ETIQA
  • ETIQA TAKAFUL
  • GREAT EASTERN GENERAL
  • KURNIA
  • LONPAC
  • MPI GENERALI
  • MSIG
  • RHB
  • SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA
  • TOKIO MARINE
  • TUNE PROTECT
  • ZURICH
  • ZURICH TAKAFUL

Cara renew insurans kereta secara online terus dengan syarikat insurans

Jika anda sudah mempunyai syarikat insurans yang inginkan untuk renew insurans online, anda boleh terus ke laman sesawang mereka. Jika anda ragu-ragu tentang perkhidmatan renew insurans secara online dari syarikat insurans yang diingini, anda boleh telefon mereka untuk semak semula tentang servis yang ditawarkan.

Manfaat yang utama jika membuat keputusan untuk renew insurans online secara terus dengan syarikat insurans adalah anda boleh mendapatkan potongan diskaun 10% secara automatik ketika pembayaran.

Ikuti cara renew insurans online secara terus dengan syarikat insurans di bawah:

  1. Isi nombor plat kereta anda
  2. Semak butiran peribadi dan kereta anda
  3. Isi poskod lokasi kereta dan kad pengenalan anda
  4. Tambah perlindungan tambahan jika perlu atau langkau ke laman seterusnya
  5. Siap! Anda hanya perlu membuat pembayaran secara online

Selepas membuat pembayaran, anda akan menerima cover note serta polisi melalui emel untuk simpanan masa hadapan anda.

Soalan Lazim (FAQ) yang selalu ditanya tentang insurans kereta di Malaysia

1. Kenapa anda perlu insurans kereta?

Insurans kereta adalah kontrak yang di tandatangani di antara pemilik kereta dan syarikat insurans. Pemilik kereta perlu membayar caj yang tertentu secara tahunan. Peranan syarikat insurans apabila dibayar oleh pemilik kereta adalah untuk memberi perlindungan kwangan kepada sebarang kerosakan atau kemalangan yang mungkin akan berlaku di masa hadapan. Anda disarankan untuk dapatkan insurans kereta untuk melindungi tabung kewangan.

2. Berapa anggaran harga insurans kereta di Malaysia?

Setiap insurans kereta mempunyai harga yang berlainan. Anda boleh mengikut bajet yang anda telah tetapkan. Selain itu, anda boleh menambah perlindungan tambahan yang diperlukan atau beli pakej insurans kereta yang asas.

3. Apakah asas yang diperlukan untuk memilih insurans kereta yang terbaik?

Sebelum membeli insurans kereta yang terbaik di Malaysia, anda perlu ketahui beberapa faktor-faktor yang penting:

i. Perlindungan
Anda harus teliti tentang jenis liputan perlindungan yang ditawarkan untuk setiap jenis insurans termasuklah kecederaan peribadi, kemalangan dan lain-lain.

ii. Bajet
Bukan semua mampu untuk membayar insurans kereta di Malaysia. Bagi setiap syarikat insurans, terdapat harga yang berlainan. Anda akan mempunyai peluang memilih insurans yang diperlukan mengikut bajet anda.

iii. Senari Bengkel Tersedia
Kebanyakan syarikat insurans mempunyai senarai bengkel yang berkerjasama dengan mereka untuk menawarkan servis baiki kereta anda. Kami sarankan untuk anda memilih syarikat insurans yang memberikan senarai bengkel yang banyak di pelbagai lokasi untuk memudahkan perjalanan anda ketika melancong atau ke tempat yang jauh.

iv. Syarikat Insurans
Sebelum membeli insurans kereta, pastikan anda sudah membuat penyelidikan terlebih dahulu. Kami di Fatberry menawarkan servis perbandingan harga bagi setiap jenis insurans secara percuma! Anda juga boleh mengubah suai dan membeli insurans kereta online daripada syarikat insurans yang terbaik seperti Allianz, AXA, Etiqa dan lain-lain.

4. Bagaimana jika anda mahu renew insurans kereta secara offline?

Kami faham jika anda tidak mahu renew insurans online kerana anda perlu menunggu penghantaran cover note dan cukai jalan anda. Renew insurans kereta secara offline perlu di lakukan di tempat-tempat yang berlesen dan diiktiraf sahaja.

Renew insurans kereta secara offline bukan lah sukar, tetapi anda perlu meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk pergi ke kedai ejen yang menawarkan perkhidmatan ini.

Langkah untuk membuat pembelian insurans kereta secara offline yang boleh ikuti di bawah:

  1. Pergi ke kedai ejen yang diiktiraf dan berlesen pilihan anda
  2. Anda perlu menyediakan cover note atau polisi insurans sedia ada dan geran kereta untuk ejen rujuk
  3. Pilih insurans yang diperlukan, terdapat tiga jenis insurans yang anda boleh pilih iaitu Insurans Pihak Ketiga, Insurans Pihak Ketiga Kebakaran dan Kecurian atau Insurans Komprehensif
  4. Sahkan jumlah yang diinsuranskan sama ada mengikut nilai pasaran atau nilai yang dipersetujui
  5. Dapatkan sebut harga rasmi dari ejen
  6. Jika anda mahukan perlindungan tambahan di dalam insurans anda, anda boleh memaklumkan kepada ejen untuk mereka menukar sebut harga yang diperlukan
  7. Membuat pembayaran dan selesai!

Selepas membuat pembayaran, jangan lupa untuk dapatkan cover note dan polisi sebagai bukti dan rujukan untuk masa hadapan.

___________________________________________________________________________________________________

Fatberry adalah platform yang menawarkan insuran-insuran yang terbaik dalam talian. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis insuran daripada harga yang terendah! Jenis-jenis insuran yang ditawarkan di dalam laman sesawang Fatberry adalah insuran kereta, motor, kesihatan, pelancongan dan akan datang, insuran denggi.

*The content provided is for informational purposes only. Fatberry makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. Should you require more information on our products, please refer to fatberry.com or contact us. 

 

Recommended Reads

Follow Us For Latest Updates!