Jenis-Jenis Insurans di Malaysia

Insurans adalah dianggap sesuatu remeh bagi sesetengah orang. Ini kerana mungkin insurans tidak dianggap penting, lebih-lebih lagi jika anda adalah salah seorang anak muda yang sihat dan tidak mempunyai tanggungjawab yang besar.

Insurans secara dasarnya penting untuk anda menjalani kehidupan seharian dengan lebih selamat dan teratur. Terdapat pelbagai jenis insurans di Malaysia yang anda perlu tahu dan jika anda sedang mempunyai dilema tentang keperluan insurans di dalam kehidupan seharian, anda perlu tahu kepentingan mempunyai insurans seperti:

1. Mempunyai penjagaan kesihatan yang berkualiti
2. Bertindak sebagai tabung kecemasan
3. Menjamin perlindungan pada harga yang berpatutan

Terdapat jenis-jenis insurans di Malaysia yang boleh anda pertimbangkan untuk ambil bagi menjamin masa hadapan yang lebih cerah. Fatberry ingin menjelaskan setiap jenis insurans di Malaysia kepada anda supaya anda dapat membezakan kepentingan setiap insuran yang diperlukan bagi menjalankan kehidupan seharian yang lebih selamat.

Insurans Perubatan

Kesihatan adalah anugerah yang tidak patut kita sia-siakan. Tidak boleh dinafikan, tahap kesihatan seseorang boleh merundum mengikut peningkatan umur.
Di Malaysia, kita dianggap bertuah kerana kita boleh mendapatkan akses ubat-ubatan yang mudah melalui klinik atau hospital kerajaan tetapi bagaimana jika anda mahukan bantuan kecemasan yang lebih cepat daripada apa yang ditawarkan oleh klinik/hospital kerajaan?

Anda perlulah ada tabung kecemasan yang boleh digunakan di saat-saat genting seperti ini. Insurans perubatan adalah pilihan yang penting dan bijak bagi anda untuk bersedia di masa hadapan!

Apakah kepentingan insurans perubatan?

Kepada anda yang ingin mula melanggan insurans perubatan, Fatberry menyarankan anda untuk ketahui kepentingan insurans perubatan:

1. Kos perubatan semakin meningkat kerana jangkaan inflasi yang akan berlaku
2. Perlindungan lebih kompresif
3. Tempoh menunggu di hospital swasta lebih cepat berbanding hospital kerajaan

Adakah mempunyai jenis insuran perubatan berbaloi?

Insurans perubatan individu akan berharga lebih kurang RM 100 ke atas mengikut setiap pakej yang di tawarkan.

Anda akan diberi kad perubatan yang anda boleh gunakan untuk menampung kos rawatan anda. Ia amat berguna pada masa kecemasan, lebih-lebih lagi jika anda selalu mempunyai masalah kewangan di hujung bulan.

Kami di Fatberry juga menawarkan servis pembelian insurans perubatan! Ketahui kebaikan membeli insurans perubatan melalui laman sesawang Fatberry di sini.

Insurans Nyawa

Selain insurans perubatan yang dianggap penting dan wajib untuk anda ada, jenis insurans lain yang boleh pertimbangkan adalah insurans nyawa.

Insurans nyawa atau life insurance ini penting untuk anda membantu kewangan anda dan ahli keluarga anda ketika ada kematian atau mengalami hilang upaya kekal dan lain-lain.

Apa perbezaan di antara insurans perubatan dan insurans nyawa?

Insurans Perubatan Insurans Nyawa
Jenis insurans ini sangat penting bagi membantu anda dalam kes kecemasan. Insurans perubatan termasuk memberi perlindungan kepada anda untuk membayar perbelanjaan kesihatan dan perubatan. Jenis insurans ini, membolehkan anda bersedia pada ketidakpastian yang mungkin akan berlaku kepada anda atau ahli keluarga anda seperti kematian mengejut, hilang upaya kekal, penyakit kritikal atau penyakit terminal.

Dengan insurans nyawa, anda tidak perlu risau jika terdapat kematian mengejut di antara ahli keluarga anda kerana ia adalah persediaan bantuan kewangan yang akan mengurangkan beban anda. Untuk pengetahuan anda, dengan pembelian insurans nyawa, anda boleh membuat pelepasan cukai sehingga RM 6,000.

Insurans Perjalanan

Ingin melancong di tempat yang menarik tetapi takut akan kemalangan yang boleh berlaku? Insurans perjalanan adalah jenis insurans yang anda perlukan untuk mendapat perlindungan yang selamat!

Dengan membeli insurans perjalanan anda melindungi diri anda dan orang yang tersayang daripada segala risiko atau kerugian kewangan sebelum dan ketika anda melancong.

Apakah kepentingan insurans perjalanan?

Insurans perjalanan amat penting jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ketika melancong seperti:

1. Perlindungan untuk kecemasan perubatan di tempat perlancongan
2. Perlindungan kematian akibat kemalangan & kemalangan penerbangan
3. Kehilangan bagasi ketika melancong
4. Kehilangan wang, passport atau dokumen penting
5. Pembatalan perjalanan atas sebab peribadi

Di manakah anda boleh dapatkan insurans perjalanan?

Jika anda tertanya-tanya dia mana anda boleh dapatkan insurans perjalanan dari syarikat tempatan, jangan risau! Jika anda ingin membuat perbezaan dan membeli insurans perjalanan anda yang tersendiri, layari laman sesawang Fatberry.

Insurans Rumah

Selain jenis insurans yang berkaitan dengan kesihatan, anda juga boleh mendapatkan insurans rumah. Rumah adalah tempat perlindungan sesebuah keluarga atau individu, bagi orang kebanyakkan, kos untuk membeli rumah sangat mahal dan mereka selalunya menggunakan simpanan wang daripada tabung hayat.

Apakah kepentingan insurans rumah?

Pelbagai situasi yang tidak dijangka boleh berlaku apabila anda memiliki rumah, sebagai contoh:

1. Bencana alam yang boleh merosakkan rumah
2. Kerosakan rumah
3. Kebakaran rumah

Apakah jenis-jenis insurans rumah?

Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga jenis insurans rumah yang anda perlu tahu iaitu polisi pemilik rumah, polisi isi rumah dan polisi kebakaran asas. Perlindungan yang berbeza di tawarkan untuk setiap polisi insurans.

Polisi Isi Rumah Polisi Pemilik Rumah Polisi Kebakaran Asas
Polisi ini termasuk barangan di dalam rumah sebagai contoh perabot, perkakas rumah, harta peribadi dan lain-lain. Polisi ini bertindak untuk melindungi struktur fizikal hartanah seperti dinding, bumbung, pintu pagar dan lain-lain. Polisi ini diperlukan untuk melindungi kerosakan atau kerugian harta kediaman anda (tidak termasuk isi rumah) yang di sebabkan bencana alam dan kebakaran.

Insurans Kereta

Insurans kereta adalah salah satu insurans yang dibeli secara tahunan untuk setiap pemilik kenderaan. Jika anda pemilik kereta atau motosikal anda mungkin sudah terbiasa dengan pembelian insurans kereta.

Adakah anda tahu bahawa apa yang terjadi jika anda tidak memperbaharui insurans kereta anda? Anda boleh dikenakan denda jika anda memandu tanpa insurans kereta dan cukai jalan.

Apakah kepentingan insurans kereta?

Terdapat pelbagai kepentingan insurans kereta yang anda perlu tahu, seperti:

1. Dapat membantu jika berlaku bencana alam seperti banjir
2. Boleh mengelakkan saman
3. Dilindungi jika terdapat kecurian dan kebakaran kereta
4. Diberikan bantuan ketika waktu kecemasan seperti tersadai di tepi jalan

Apakah jenis insurans kereta yang ditawarkan?

Tiga jenis insurans kereta yang patut anda ketahui adalah:

Pihak Ketiga Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian Komprehensif
Jenis insurans ini digunakan untuk melindungi kerosakan, kecederaan atau kematian pihak ketiga tetapi ia tidak melindungi kenderaan anda. Jenis insurans ini sama seperti insurans pihak ketiga tetapi dengan tambahan kerosakan (kebakaran atau kecurian) pada harta benda pihak ketiga. Jenis insurans ini adalah yang paling lengkap. Ia melindungi pihak ketiga dan kenderaan anda. Anda juga boleh membuat tambahan pilihan seperti mendapatkan perlindungan untuk cermin depan, peril khas, pampasan untuk masa pembaikan dinilai (CART), liability undang-undang kepada penumpang, e-hailing dan lain-lain.

Beli insurans kereta anda di Fatberry

Ya, anda boleh membuat perbezaan, membuat pakej anda sendiri dan membeli insurans kenderaan di Fatberry!
Terdapat beberapa jenis syarikat yang menawarkan insurans kenderaan di laman web Fatberry, seperti:

  1. AXA Affin General Insurance Berhad
  2. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
  3. Am General Insurance Berhad
  4. Berjaya Sompo Insurance Berhad
  5. Etiqa General / Takaful Berhad
  6. Great Eastern General Insurance
  7. Kurnia Insurans (M) Berhad
  8. Lonpac Insurance Berhad
  9. MPI Generali Insurans Berhad
  10. MSIG Insurance Berhad
  11. RHB insurance Berhad
  12. Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad
  13. Tune Protect Group Berhad
  14. Tokio Marine Insurans Berhad
  15. Takaful Iklas General Berhad
  16. Zurich General Insurance/ Takaful Malaysia Berhad

    _________________________________________________________________________
    Fatberry adalah platform yang menawarkan insuran-insuran yang terbaik dalam talian. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis insuran daripada harga yang terendah! Jenis-jenis insuran yang ditawarkan di dalam laman sesawang Fatberry adalah insuran kereta, motor, kesihatan, pelancongan dan akan datang, insuran denggi.

*The content provided is for informational purposes only. Fatberry makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. Should you require more information on our products, please refer to fatberry.com or contact us. 

 

Recommended Reads

Follow Us For Latest Updates!