Ditulis oleh : Nur Shafika
Kereta Tesla telah mula dilancarkan hampir lima bulan lalu di pasaran Singapura. Sejak dari itu, kereta elektrik buatan dari negara Amerika Syarikat ini telah membuka sebuah jualan portal di mana pembeli dapat membeli dengan harga yang lebih berpatutan.
Bermula dari itu, permintaan kenderaan elektrik kian makin melonjak. Terdapat sebanyak 1,200 tempahan daripada 500 buah kereta sahaja yang ada di pasaran. Siri Model 3 Standard Range Plus ini memberikan tawaran harga yang amat berpatutan dengan harga $112,845 bersamaan RM 344,290. Ia meningkat sehingga $154,815 bersamaan RM 472,340 untuk Model 3 bagi prestasi varian. Namun begitu, harga adalah sebelum dimasukkan Kos Perakuan Hak (COE).
Berdasarkan dari segi prestasi, Tesla Model 3 dalam SR + menawarkan sehingga 448km dengan kitaran WLTP, dan mampu memecut 0-100 km/j dalam hanya 5.6 saat saja. Bagi pula kelajuan tertinggi untuk kenderaan ini mampu mencecah sehingga 225 km/j. Manakala prestasi varian Model 3 jangkaan ia mampu pergi sejauh 567 km, 0-100 km/j dalam 3.3 saat dan kelajuan tertinggi 261 km/j.
Tesla Model 3 untuk Standard Range
Tesla juga telah melancarkan Superchargers. Supercharges adalah pengecasan pantas yang telah dipasang beberapa tempat di pulau Republik berkenaan. Kini ia sudah mula beroperasi dan pusat perkhidmatan telah didirikan di Toa Payoh, Singapura. Bilik pameran atau “pusat pengalaman” berada di pusat membeli-belah.
Di Malaysia, kereta Tesla Model 3s (Satu Standard Range dan Satu Long Range) sudah mula dijual pada tahun lalu dan hampir mula diperkata-katakan. Menurut dari Importer Vision Motorsports mengatakan bahawa kereta ini bukanlah hanya satu sahaja ketibaan. Manakala pula, pihak yang berminat boleh membeli Model 3 melalui syarikat tersebut dengan berharga RM 390K bagi Standard Range dan bagi Long Range ditawarkan RM 450k.
Bagaimana pendapat anda? sekiranya kenderaan Tesla telah mula dijual di Malaysia pada masa akan datang, adakah anda salah seorang pembeli kereta elektrik tersebut ? Sila berikan komen untuk berkongsi pendapat dan idea anda dibawah.
*The content provided is for informational purposes only. FatBerry makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. Should you require more information on our products, please refer to fatberry.com or contact us.
Recommended Reads
Malaysia Digital Road Tax: How To Access & Common FAQs
Malaysia Digital Road Tax Ah, if there’s one thing Malaysians hate doing the most, it would be to stick the road tax stickers against their...
Fatberry Offers Zero-Interest Keluarga Malaysia Vehicle Insurance Financing Scheme Up To 10-Months Installment
Permanent employees, consultants and contractors with the federal government of Malaysia will be able to purchase insurance coverage on their...
Major Flood Prediction in Nov 2022 – Is Your Car Insured Sufficiently?
The Malaysian Meteorological Department has just issued an alert about heavy rains in the central and northern regions of Malaysia in late November....