Renew Lesen Online

Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, terdapat pelbagai urusan yang boleh diselesaikan online. Salah satu urusan yang penting yang perlu kita lakukan sekurang-kurangnya satu sehingga lima tahun sekali adalah renew lesen memandu.

Bunyinya remeh bagi sesetengah orang, tetapi apa yang tidak diketahui ialah terdapat kemungkinan yang anda perlu beratur berjam-jam hanya untuk memperbaharui lesen memandu.

Ada beberapa cara yang masih kita gunakan untuk renew lesen online memandu selain di dalam talian. Di bawah adalah rujukan jika anda mahu renew lesen memandu secara luar talian:

1. Pejabat Pos
2. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
3. Pusat Transformasi Bandar (UTC)

Jika anda ingin renew lesen memandu, anda perlu ketahui yang terdapat caj pembayaran yang dikenakan bagi tempoh masa yang boleh di pilih dari jangka masa setahun sehingga lima tahun. Anda boleh rujuk butiran di bawah untuk tempoh masa dan caj pembayaran:

Tempoh Masa Caj Bayaran (RM)
1 Tahun RM30
2 Tahun RM60
3 Tahun RM90
4 Tahun RM120
5 Tahun RM150

Apa yang terjadi jika anda tidak renew lesen dalam tempoh masa yang ditetapkan?

Anda boleh didenda dalam bentuk bayaran. Caj pembayaran akan mengikut tempoh hari selepas lesen memandu anda tamat.

Tempoh Caj Bayaran (RM)
1-15 hari RM150
16-30 hari RM200
31-60 hari RM300

Jika anda tertanya-tanya bagaimana untuk renew lesen online , tetapi anda tidak perlu risau! Kami di Fatberry sedia membantu dengan menunjukkan langkah-langkah yang perlu di ambil untuk permudahkan urusan anda.

Cara #1: Renew Lesen Online Melalui MyEG

MyEG adalah platform adalah salah satu platform yang dipercayai dan terdapat fungsi transaksi di dalam talian yang berkaitan dengan perkhidmatan kerajaan.

Laman sesawang ini kemudiannya berkembang dengan menawarkan lebih pelbagai perkhidmatan seperti permohonan MyKad baharu, penukaran pemilikan kenderaan, pembayaran Zakat, pembayaran saman-saman trafik dan banyak lagi.

Langkah 1: Masuk laman sesawang MyEG (https://www.myeg.com.my/)
MyEG

Di laman utama, pilih perkhidmatan JPJ “Perbaharui Lesen Memandu”.

Langkah 2: Pilih perkhidmatan Pembaharuan Lesen Memandu (CDL)

renew lesen online

Anda akan di bawa ke lama ciri-ciri utama dan kemudian anda perlu memilih perbaharuan lesen memandu kelas D. Anda bukan sahaja boleh renew lesen kereta di MyEG tetapi anda juga boleh renew lesen motosikal dan kesemua kelas kenderaan yang dibenarkan oleh JPJ.

Langkah 3: Log Masuk atau Daftar Akaun MyEG

myeg

Jika anda masih tidak mempunyai akaun MyEG, anda boleh mendaftar menggunakan emel anda yang sedia ada.

Langkah 4: Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan

myeg

Langkah 5: Pilih Perbaharui Lesen Memandu (CDL)

myeg

Langkah 6: Isikan maklumat anda dan kaedah pembayaran anda

myeg

Selepas mengisi semua maklumat yang diperlukan dan membuat pembayaran, anda boleh memilih lokasi yang anda mahu untuk mengambil lesen anda iaitu di rumah/pejabat anda atau anda boleh mengambilnya di MyEG Tower, Empire City.

Anda juga boleh memilih tempoh pembaharuan lesen memandu iaitu satu sehingga lima tahun.

Di bawah adalah caj penghantaran untuk rujukan anda:

Kawasan Caj Penghantaran (RM)
Lembah Klang RM 6.00
Semenanjung Malaysia RM 8.00
Sabah & Sarawak RM 10.00

Cara #2: Renew Lesen Online Melalui JPJ

Salah satu cara yang mudah dan cepat untuk anda dapatkan lesen memandu anda yang baru adalah melalui laman sesawang JPJ. Akan tetapi, anda masih perlu ke cawangan JPJ yang berdekatan untuk mengumpul lesen anda kerana mereka tidak menawarkan perkhidmatan penghantaran.

Langkah 1: Masuk laman sesawang JPJ dan Log Masuk (https://www.jpj.gov.my/)

JPJ
JPJ

Tekan pilihan ‘Orang Awam’ untuk log masuk tetapi jika anda log masuk sebagai pengguna kali pertama, anda perlu mengisi beberapa maklumat penting. Sistem laman sesawang JPJ akan memberikan anda kata laluan sementara yang perlu anda olah semula apabila anda dapat emel pengesahan.

Langkah 2: Pilih Pembaharuan Lesen Memandu

JPJ

Langkah 3: Pilih Jenis dan Tempoh Pembaharuan Lesen

JPJ

Terdapat dua jenis lesen memandu yang boleh diperbaharui melalui laman sesawang JPJ iaitu lesen memandu kelas D dan L.

Langkah 4: Semak Maklumat Peribadi dan Bayar

JPJ

Ketika menyemak maklumat peribadi anda, anda juga memilih untuk mengambil gambar baru untuk lesen anda di kaunter JPJ yang berdekatan.

Jangan lupa menyemak semua maklumat peribadi anda. Kemudian anda boleh terus bayar dan memilih kaedah pembayaran yang sesuai. Selepas berjaya membuat pembayaran, pastikan anda mencetak resit pembayaran dan bawanya bersama ketika pengumpulan lesen.

Kami di Fatberry berharap bahawa semua maklumat yang diberikan berkaitan renew lesen online sangat berguna untuk urusan anda yang mendatang!
_________________________________________________________________________
Fatberry adalah platform yang menawarkan insuran-insuran yang terbaik dalam talian. Anda boleh memilih dari pelbagai jenis insuran daripada harga yang terendah! Jenis-jenis insuran yang ditawarkan di dalam laman sesawang Fatberry adalah insuran kereta, motor, kesihatan, pelancongan dan akan datang, insuran denggi.

*The content provided is for informational purposes only. Fatberry makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. Should you require more information on our products, please refer to fatberry.com or contact us. 

 

Recommended Reads

Follow Us For Latest Updates!